Salam Sejahtera selamat bertemu lagi dalam ruangan pasok tumpuh-tumpuh...
Lama tidak ke udara memandangkan siaran tergendala buat sementara waktu. kali ini ke udara lagi setelah pendaratan ke negara Singapura dan Indonesia berjalan lancar dan kini telah kembali ke tanah air tercinta, 1 Malaysia. Ucapan Maaf! kepada para peminat Inukiran FM kerana lama menunggu khabar berita. sebagai tanda keikhlasan terima la sebuah pantun:
Semangkuk mee sup pembuka selera,
Sepinggan mee goreng penutup rasa,
Semakin hari semakin terasa,
Sup Tumpuh-Tumpuh untuk anda!
yahh itu dia tuan-tuan dan puan-puan.terima kasih kerana terhibur. anggap la pertemuan sebuah penantian. kerana sudah bertemu maka penantian sudah berakhir. dan terima la kisah sebenar:
Sedar tak sedar Inukiran FM sdh ada warung sendiri. sdh mampu membuat premis bercirikan tradisional dengan menggunakan modal pusingan. kami akan berpindah ke warung ini sebaik siap sepenuhnya. warung ini dijangkakan dapat menarik lebih ramai pelanggan kerana proses layanan akan bertambah baik dan pantas kerana tidak perlu lagi menggunakan tangga merbahaya seperti sebelumnya.
Hal lain yang menarik adalah, warung ini akan dihiasi bunga-bunga yang enak dipandang yang dapat menusuk kalbu. putih mata memandang, suci dalam debu. maka dengan itu jangan ketinggalan berkunjung ke warung kami kerana TINGKANG juga akan dibuat untuk perkhidmatan BERBUAL-BUAL dan andai ada CINTA silakan menggunakan perkhidmatan ini asalkan tidak menyalahgunakan kerana ketua kampung marah!
Tambahan pula, anda akan dihiburkan dengan alunan merdu muzik Inukiran FM yang akan berkumandang satu kali dalam sehari setiap kali warung dibuka sehingga tutup.kalau berhari-hari warung buka maka berkali-kali la berkumandang muzik ini. Dan satu lagi, muzik ini akan diselitkan dengan lagu2 ciptaan sendiri IFM. Jadi..jangan lepaskan peluang! Datang la beramai-ramai ke warung kita, warung IFM untuk semua 1Malaysia. ok la cukup untuk kali ini dan jumpa lagi...Lihat la gambar warung kami yang belum siap..