Thursday, December 9, 2010
Renovation will coming this December
As our concern to our customer safety, we will make renovation to our business building this month. As we know, this month come with rain almost everyday. so that, the landscape in our building area become wet especially to our floor. It may cause uncomfortable and dangerous to our customer too. to avoid this probem happen, we will renovate our building to concrete building. we hope our customer will happy whenever hear this news. we RESPECT you all as our customer..and..we will bring you to Satisfy journey
Wednesday, November 17, 2010
Warung kami siap sudah.Yeh yeh!
hai all...
minta maaf banyak-banyak kerana blog kami lama nda kena update gara-gara champin betapuk. apapun kali ini kami ingin mengasi tingu gambar warung kami yg sudah siap sepenuhnya tetapi belum cantik sepenuhnya. biarlah berjagung-jagung dahulu sebelum padi masak. diharap jangan disangka ubi tiada isi kerana ubi pun kami masak juga jadi kuih kalau sudah ampai-ampai depan mata.
Buat masa ini warung kami boleh la dikatakan warung style Bali, Indonesia kerana atapnya nipah tapi tidak juga boleh dikatakan macam itu kerana kami ni belum pernah melancong di Bali. kami pun nda tau apa macam warung di Bali. yang paling BEST ni warung kami adalah dia punya suasana ROMANTIK. tapi hairan juga tiada pasangan kekasih yang pigi singgah makan. Mungkin kerana kami sekawan yang punya warung ni semua lelaki dan hendsem2 lagi tu. mungkin diorang takut kena rebut tu sumandak diorang.
Tapi percaya la. kami ni baik2 semua.takkan la sampai hati kami main curi-curi sumandak kamu? apa pun kepada yang ringan jari mau taip2 mau bagi pendapat apakah kami perlu mencari pekerja wanita atau tidak, sila la tampil sedikit ke hadapan. selamat maju jaya! ni dia warung kami:

Thursday, July 15, 2010
Warung Inukiran FM untuk Anda untuk semua 1 Malaysia
Salam Sejahtera selamat bertemu lagi dalam ruangan pasok tumpuh-tumpuh...
Lama tidak ke udara memandangkan siaran tergendala buat sementara waktu. kali ini ke udara lagi setelah pendaratan ke negara Singapura dan Indonesia berjalan lancar dan kini telah kembali ke tanah air tercinta, 1 Malaysia. Ucapan Maaf! kepada para peminat Inukiran FM kerana lama menunggu khabar berita. sebagai tanda keikhlasan terima la sebuah pantun:
Semangkuk mee sup pembuka selera,
Sepinggan mee goreng penutup rasa,
Semakin hari semakin terasa,
Sup Tumpuh-Tumpuh untuk anda!
yahh itu dia tuan-tuan dan puan-puan.terima kasih kerana terhibur. anggap la pertemuan sebuah penantian. kerana sudah bertemu maka penantian sudah berakhir. dan terima la kisah sebenar:
Sedar tak sedar Inukiran FM sdh ada warung sendiri. sdh mampu membuat premis bercirikan tradisional dengan menggunakan modal pusingan. kami akan berpindah ke warung ini sebaik siap sepenuhnya. warung ini dijangkakan dapat menarik lebih ramai pelanggan kerana proses layanan akan bertambah baik dan pantas kerana tidak perlu lagi menggunakan tangga merbahaya seperti sebelumnya.
Hal lain yang menarik adalah, warung ini akan dihiasi bunga-bunga yang enak dipandang yang dapat menusuk kalbu. putih mata memandang, suci dalam debu. maka dengan itu jangan ketinggalan berkunjung ke warung kami kerana TINGKANG juga akan dibuat untuk perkhidmatan BERBUAL-BUAL dan andai ada CINTA silakan menggunakan perkhidmatan ini asalkan tidak menyalahgunakan kerana ketua kampung marah!
Tambahan pula, anda akan dihiburkan dengan alunan merdu muzik Inukiran FM yang akan berkumandang satu kali dalam sehari setiap kali warung dibuka sehingga tutup.kalau berhari-hari warung buka maka berkali-kali la berkumandang muzik ini. Dan satu lagi, muzik ini akan diselitkan dengan lagu2 ciptaan sendiri IFM. Jadi..jangan lepaskan peluang! Datang la beramai-ramai ke warung kita, warung IFM untuk semua 1Malaysia. ok la cukup untuk kali ini dan jumpa lagi...Lihat la gambar warung kami yang belum siap..

Monday, April 26, 2010
Tukar atap premis Inukiran FM
Sukar dipercayai. Tapi amai Kumpilin sangat terharu dan gembira apabila ada tumpuk-tumpuk atap nipah di bawah kulung premis IFM baru-baru ini. Ada di antara customer hairan apakah yang sedang berlaku. Ada yang menyangka durian runtuh di saat IFM amat memerlukan atap dengan segera. Hal ini kerana beberapa minggu yang lepas, Staff IFM terpaksa menggunakan daun tarap untuk menutup lubang merbahaya, laluan utama hujan titik-titik noda dari langit. Bagaimana pun, Kami tetap bersabar dan mungkin ini adalah antara tuah yang telah dibawa oleh si madu lebah. Harap-harap itu madu lebah tidak menyengat kami. Kalaun inda, biarpun dijangka membawa tuah, peduli la. Kasi makan dia sama asap tebal sabut kelapa bakar. Diharapkan agar bisnes IFM bertambah mantap setelah selesai operasi.

Sunday, April 25, 2010
Fong Shui BAGUS punya..
Pernahkah anda merasakan sengatan berbisa Madu Lebah? Kalau belum pernah, jangan cuba-cuba nanti pengsan tanggung sendiri oh. tapi tidak buli juga cakap sembarang macam itu bah kan? mana tau dia punya sengatan membawa tuah...siapa sangka? dengar-dengar kuman yang menyisip-nyisip dalam sel-sel badan manusia pandai mati kalau terjumpa dengan sengat lebah. uik na geng panjang lebar sdh ni tapi belum masuk tajuk besar lagi. macam keluar tajuk sdh oh tapi tak apa. telanjur perahu buli diundur apa lagi kalau setakat terkeluar tajuk. betul kan?
nah apapun kita kembali kepada tajuk besar di atas. saya pun nda pasti apakah tajuk di atas tu ngam ka tidak. tapi yg sya selalu dengar lebih kurang mcm itu la. perkataan itu sebenarnya berasal dari perkataan cina tapi buli la pinjam-pinjam bah kan? jadi menurut pemahaman saya fong shui bagus ni merujuk kepada petanda yang membawa tuah. kebetulan, pada suatu hari tersebutlah kisah madu lebah pigi masuk sana speaker besar Inukiran FM(IFM). nah timbul la cerita pasal Fong Shui bagus ni. Staff IFM semua setuju itu madu lebah membawa tuah. jadi jangan dikasi lari. Bukan la percaya kepada cerita karut sebab bukan juga tembirang la. kami ni selalu jg sembayang. tapi yang pasti, fong shui bagus yang kami cakap tu bermaksud begini:
-kalau la itu tong speaker penuh dengan madu lebah, boleh jual. duit mari lagi.
-kalau la ada orang yang buat hal di warung IFM, Boleh diikat dekat speaker bagi dia rawatan percuma supaya kuman yang menyisip itu mati ampai-ampai. hahahaha...
jadi..bagus kamu tengok ni gambar:
Wednesday, April 14, 2010
MAKLUMAN PENTING!
Bermula pada hari ini (14 April 2010), PASOK TUMPUH-TUMPUH (PTT) telah menukar nama Gerai makanan dan minuman kepada INUKIRAN FOOD MASTER atau INUKIRAN FM dalam nama singkatannya. Hal ini kerana kami ingin mencari nama perniagaan yang mempunyai nilai komersial untuk kegunaan pada masa hadapan. Antaranya adalah dari segi pinjaman modal daripada bank atau syarikat kewangan tempatan. Sebab lain kami menukar nama perniagaan kepada INUKIRAN FM adalah kerana nama ini sendiri membawa maksud 2 in 1 yang sangat sinonim dengan perniagaan kami. Kami menyediakan makanan dan minuman yang Lazat-Lazat dan beraneka pilihan serta mempunyai keunikan tersendiri dengan beberapa ciptaan resepi. Sebab itu, bolehlah dikatakan kami adalah FOOD MASTER di Kg. Inukiran. FOOD MASTER ini pula boleh disingkatkan kepada FM yang sering dikenali sebagai saluran informasi muzik dan berita-berita terkini.Kami mempunyai Sound System yang boleh dikatakan mampu mengegarkan Kg. Inukiran. Kami jg selalu mencipta lagu dan mebuat berita berkaitan dengan Kg. Inukiran. Oleh itu, ada sesetengah pihak menggelar kami sebagai INUKIRAN FM. inilah serba sedikit latar belakang perubahan Nama perniagaan kami dan pada hari ini juga lesen perniagaan kami sudahpun diluluskan seperti yang anda boleh lihat dalam gambar di bawah.Apapun, Nama PASOK TUMPUH-TUMPUH tidak akan dilupakan kerana nama inilah permulaan segalanya bagi kami. Kami akan tetap menggunakan nama ini dalam resepi-resepi kami dan mungkin juga untuk taman-taman perniagaan kami. Lihatlah bukti-bukti yang jujur,tulus dan ikhlas dari hati yang paling dingin sekali:
Tuesday, April 13, 2010
Resipi Baru PTT(Mee Goreng Terbang)
Ya hampir terlupa...sebenarnya kami ada resepi baru iaitu mee goreng terbang. ini betul-betul KAW-KAW punya o. tukang masak kami bilang paling SADAP kalau terbang tu mee.kena gaul habis-habisan bah. lagipun kepanasan kuali tu dapat diadjust. kalau kamurang nampak kan..lebih kurang 3kaki o itu mee melumpat. kedai mamak pun belum ada ni stlye o.Nah harganya pula nda juga mahal la. ada RM1, RM2 dan RM3. Ikut berapa banyak tu mee. dan sudah tentu sup kosong pun ada juga la. ini la mee goreng yang saya cakap tu:
Bah yg di atas tu, dialah Tukang Masak kami. Masih single ni tapi macam inda available sdh la.hahaha...nda pasal-pasal kena marah oleh aweks dia o.
Fasiliti Baru PTT
Jangan hairan jangan terkejut kalau anda terjumpa sinki standard hotel 5bintang di warung kami, PTT. Walaupun beroperasi di kawasan kebun kelapa, kami akan pastikan bisnes kami dapat memenuhi keperluan para pelanggan terutamanya dari segi kebersihan. pada hari sabtu yang lepas bersamaan dengan 10 april 2010, kami telah membuat sinki di bawah premis kami di mana tempat ini berdekatan dengan meja makan para pelanggan. KINI...para pelanggan bolehlah mencuci tangan sebelum dan selepas makan. pewujudan fasiliti baru ini adalah kerana komitmen kami untuk memastikan kebersihan terjamin di kalangan pelanggan dan kami sendiri. Sinki ini sebenarnya berasal daripada kondominium 1Borneo, Kota Kinabalu. Tapi bukan dicuri la. ini adalah barang-barang yang tidak terpakai oleh tuan rumah premis kami yang tinggal di kondominium 1Borneo. KEISTIMEWAAN sinki ini adalah rekaan yang dibuat berkonsepkan gabungan MODEN dan KLASIK. Sinki ini diperbuat daripada Seramik yg tinggi kualitinya. Manakala Kepala Paipnya pula tahan karat dan berkilat. Ini la yang dikatakan moden. KLASIKnya pula, Tiang atau Stand sinki ini diperbuat daripada batang sejenis kayu yg dikenali sebagai "BOGIL" oleh suku kaum Rungus. MAKA dengan itu inilah hasilnya:
Monday, April 5, 2010
PTT OFF Day Jumaat dan Ahad untuk menghormati hari Paskah
ramai di antara customer PTT tertanya-tanya apakah sebabnya kami tidak beroperasi pada hari jumaat dan ahad yang lepas. Jawapannya adalah kerana kami sendiri terlibat sempena hari paskah bersama-sama dengan customer kami untuk memperingati hari yang sangat bermakna ini. lebih-lebih lagi pada hari ahad yang lepas, kami telah menghadiri satu upacara memperingati mendiang bapa kepada sahabat kami sendiri. sedikit menyedihkan kerana salah satu ahli PTT yang berperanan sebagai pemaju mukim merangkap 'Cashier' telah jatuh sakit pada hari tersebut dan tidak dapat menumpuh bersama. hal ini telah mengecewakan sahabat2 menumpuh tetapi telah dimaafkan setelah dijelaskan. keesokan harinya, si kawan yang sakit ini tidak dapat turun kerja di pekan kudat kerana masih tidak sihat.Apapun kami tetap beroperasi pada hari isnin yang lepas. Dan inilah hasil Sup Pasok Tumpuh-tumpuh kami pada hari tersebut:
Monday, March 22, 2010
Mee Sup Ampai-ampai sudah beroperasi
untuk makluman semua, Pasok Tumpuh-Tumpuh telah pun memulakan bisnes mee sup santai pada hari sabtu yang lepas(20mac2010). Permulaan yang sangat hebat di mana pada hari tersebut, kami telah memasak mee sup panas secara percuma kepada sesiapa yang ingin mencuba. Hal ini berkaitan dengan promosi mee sup kami selama dua hari dengan cara yang berbeza iaitu percuma pada hari pertama dan hanya RM1 pada hari kedua, separuh harga daripada standard RM2.
Sambutan daripada penduduk kampung amat memberansangkan dan tidak disangka-sangka kerana lebih kurang 40 orang telah datang melanggan mee sup kami. tidak hanya terdiri daripada penduduk kampung pasok, malah terdapat juga pelanggan daripada kampung-kampung lain yang berdekatan. Pelanggan yang datang kebanyakkannya terdiri daripada remaja tetapi tidak ketinggalan juga ibu-ibu dan bapa-bapa yang ingin mencuba resepi baru kami ini.
Perkara menarik yang telah berlaku adalah kami telah menerima permintaan daripada sepasang Kekasih untuk menjamu selera dalam keadaan yang romantik. Oleh yang demikian kami telah berusaha menyediakan meja dan kerusi untuk dua orang di tempat yang berbeza dan jauh sedikit daripada pelanggan yang lain. kami telah menutup lampu dan menyalakan lampu lilin di bawah sinaran bulan dan bintang. mereka sangat teruja dan mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kerana pengalaman ini tidak dapat dilupakan dalam sejarah percintaan mereka.
Wednesday, March 17, 2010
Bisnes Mee Sup Santai
Bermula pada 20 mac 2010, Pasok Tumpuh-Tumpuh akan memperkenalkan bisnes baru yang sebetulnya sudah dikenali umum sebelum ini tetapi tampil dengan kelainan pada kali ini. Dengan berkonsepkan "SANTAI" anda bakal merasai kelazatan mee sup ciptaan sendiri oleh rakan kongsi Pasok Tumpuh-Tumpuh yang sebelum ini hanya terkenal dengan resipi panggang-memanggang. Lokasi yang strategi menjanjikan pengalaman yang indah dalam sejarah hidup anda. bisnes ini beroperasi dari 4 petang-9malam pada setiap hari. untuk permulaan, target customer kami adalah seramai 8 orang sahaja dalam satu masa. Hal ini kerana kami masih mempertimbangkan sambutan daripada pelanggan yang berdekatan. jika sambutan adalah baik, maka kami akan menambah aset yang lebih banyak termasuk menambah bilangan kerusi dan meja agar anda berpeluang menikmati hidangan yang memuaskan dengan suasana yang selesa dan santai.
Sementara anda menjamu selera, kami akan memutarkan lagu-lagu MP3 dan Karaoke yang terbaru mahupun yang lama. anda juga berpeluang untuk berkaraoke tanpa bayaran apa-apa. Sekiranya perlu, kami akan memainkan alunan lagu diiringi muzik daripada gitaris yang tidak asing lagi yang merupakan ahli Pasok tumpuh-Tumpuh sendiri. bisnes ini mempunyai kehebatan yang tersendiri. anda boleh memesan masakan kami melalui no telefon yang akan kami beritahu kemudian. anda hanya perlu tunggu di rumah kerana Pasok Tumpuh-Tumpuh ada 2 buah motor EX5 dan tidak lama lagi kami juga ada proton iswara yang boleh digunakan untuk menghantar pesanan anda. kesimpulannya, jangan ketinggalan untuk mencuba resipi baru kami ini. kepuasan adalah milik anda!
Tuesday, March 2, 2010
Ikan pun boleh dipanggang ampai-ampai
nah ini la dia kehebatan kalau di kg pasok ni. bukan setakat ayam yang boleh dipanggang malahan ikan keruk pun boleh kalau tiada mau dipanggang. paling-paling pun potong kayu dan dibakar langsung saja dan terus di bakar ampai-ampai. tapi paling sedap kalau ada lada kokou la. orang bilang pembuka rasa bah! makin lagi kalau sudah proses, lagi sadap tu. kalau kamu mau lada proses yang hebat dan memang sadap, carilah lada "KUAT KICK" dari kg Pasok
nah..kawan-kawan semua..kalau kamu mau tau apa macam rupa lada "KUAT KICK" kamu tengok la gambar di atas ni. memang pedas dan orang bilang memang kuat kick. dia punya pukulan mcm yang rasa pedas sehingga mejilat tangan bah! bahaya ni tapi jangan takut. ada juga penawar ni kalau kamu cirit-birit. makan kolumit cap buang pedas.
Ini pun salah satu kehebatan para pemanggang ayam dan ikan ampai-ampai dari kg Pasok. sambil menjamu selera, anda boleh meminta tukang panggang ini untuk menghibur hati yang luka, hati yang sepi dan mungkin juga untuk menambah lagi kelazatan santapan yang sudah tersedia. salah satu puisi yang popular khas dan original daripada pemanggang Pasok adalah puisi yang bertajuk "KALAU AKU KESEPIAN" atau dikenali juga sebagai "APABILA BBQ".puisi ini bertemakan seorang peribadi yang mengharapkan sesuatu daripada kekasihnya. semoga terhibur!
Subscribe to:
Comments (Atom)