Monday, March 22, 2010

Mee Sup Ampai-ampai sudah beroperasi

untuk makluman semua, Pasok Tumpuh-Tumpuh telah pun memulakan  bisnes mee sup santai  pada  hari  sabtu  yang  lepas(20mac2010).  Permulaan yang sangat hebat di mana pada hari tersebut, kami telah memasak mee sup panas secara percuma kepada sesiapa yang ingin mencuba. Hal ini berkaitan dengan promosi mee sup kami selama dua hari dengan cara yang berbeza iaitu percuma pada hari pertama dan hanya RM1 pada hari kedua, separuh harga daripada standard RM2.

Sambutan daripada penduduk kampung amat memberansangkan dan tidak disangka-sangka kerana lebih kurang 40 orang telah datang melanggan mee sup kami.  tidak hanya terdiri daripada penduduk kampung pasok, malah terdapat juga pelanggan daripada kampung-kampung lain yang berdekatan. Pelanggan yang datang kebanyakkannya terdiri daripada remaja tetapi tidak ketinggalan juga ibu-ibu dan bapa-bapa yang ingin mencuba resepi baru kami ini.

Perkara menarik yang telah berlaku adalah kami telah menerima permintaan daripada sepasang Kekasih untuk menjamu selera dalam keadaan yang romantik. Oleh yang demikian kami telah berusaha menyediakan meja dan kerusi untuk dua orang di tempat yang berbeza dan jauh sedikit daripada pelanggan yang lain. kami telah menutup lampu dan menyalakan lampu lilin di bawah sinaran bulan dan bintang. mereka sangat teruja dan mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kerana pengalaman ini tidak dapat dilupakan dalam sejarah percintaan mereka.

No comments:

Post a Comment