Wednesday, March 17, 2010

Bisnes Mee Sup Santai

Bermula pada 20 mac 2010, Pasok Tumpuh-Tumpuh akan memperkenalkan bisnes baru yang sebetulnya sudah dikenali umum sebelum ini tetapi tampil dengan kelainan pada kali ini. Dengan berkonsepkan "SANTAI" anda bakal merasai kelazatan mee sup ciptaan sendiri oleh rakan kongsi Pasok Tumpuh-Tumpuh yang sebelum ini hanya terkenal dengan resipi panggang-memanggang. Lokasi yang strategi menjanjikan pengalaman yang indah dalam sejarah hidup anda. bisnes ini beroperasi dari 4 petang-9malam pada setiap hari. untuk permulaan, target customer kami adalah seramai 8 orang sahaja dalam satu masa. Hal ini kerana kami masih mempertimbangkan sambutan daripada pelanggan yang berdekatan. jika sambutan adalah baik, maka kami akan menambah aset yang lebih banyak termasuk menambah bilangan kerusi dan meja agar anda berpeluang menikmati hidangan yang memuaskan dengan suasana yang selesa dan santai.

Sementara anda menjamu selera, kami akan memutarkan lagu-lagu MP3 dan Karaoke yang  terbaru  mahupun  yang  lama. anda juga berpeluang untuk berkaraoke tanpa bayaran apa-apa. Sekiranya perlu, kami akan memainkan  alunan lagu diiringi muzik daripada gitaris yang tidak asing lagi yang merupakan ahli Pasok tumpuh-Tumpuh sendiri. bisnes ini mempunyai kehebatan yang tersendiri. anda boleh memesan masakan kami melalui no telefon yang akan kami beritahu kemudian. anda hanya perlu tunggu di rumah kerana Pasok Tumpuh-Tumpuh ada 2 buah motor EX5 dan tidak lama lagi kami juga ada proton iswara yang boleh digunakan untuk menghantar pesanan anda. kesimpulannya, jangan ketinggalan untuk mencuba resipi baru kami ini. kepuasan adalah milik anda!

No comments:

Post a Comment