ramai di antara customer PTT tertanya-tanya apakah sebabnya kami tidak beroperasi pada hari jumaat dan ahad yang lepas. Jawapannya adalah kerana kami sendiri terlibat sempena hari paskah bersama-sama dengan customer kami untuk memperingati hari yang sangat bermakna ini. lebih-lebih lagi pada hari ahad yang lepas, kami telah menghadiri satu upacara memperingati mendiang bapa kepada sahabat kami sendiri. sedikit menyedihkan kerana salah satu ahli PTT yang berperanan sebagai pemaju mukim merangkap 'Cashier' telah jatuh sakit pada hari tersebut dan tidak dapat menumpuh bersama. hal ini telah mengecewakan sahabat2 menumpuh tetapi telah dimaafkan setelah dijelaskan. keesokan harinya, si kawan yang sakit ini tidak dapat turun kerja di pekan kudat kerana masih tidak sihat.Apapun kami tetap beroperasi pada hari isnin yang lepas. Dan inilah hasil Sup Pasok Tumpuh-tumpuh kami pada hari tersebut:
No comments:
Post a Comment