Tuesday, April 13, 2010

Fasiliti Baru PTT

Jangan hairan jangan terkejut kalau anda terjumpa sinki standard hotel 5bintang di warung kami, PTT. Walaupun beroperasi di kawasan kebun kelapa, kami  akan pastikan bisnes kami dapat memenuhi keperluan para pelanggan terutamanya dari segi kebersihan. pada hari sabtu yang lepas bersamaan dengan 10 april 2010, kami telah membuat sinki di bawah premis kami di mana tempat ini berdekatan dengan meja makan para pelanggan. KINI...para pelanggan bolehlah mencuci tangan sebelum dan selepas makan. pewujudan fasiliti baru ini adalah kerana komitmen kami untuk memastikan kebersihan terjamin di kalangan pelanggan dan kami sendiri. Sinki ini sebenarnya berasal daripada kondominium 1Borneo, Kota Kinabalu. Tapi bukan dicuri la. ini adalah barang-barang yang tidak terpakai oleh tuan rumah premis kami yang tinggal di kondominium 1Borneo. KEISTIMEWAAN sinki ini adalah rekaan yang dibuat berkonsepkan gabungan MODEN dan KLASIK. Sinki ini diperbuat daripada Seramik yg tinggi kualitinya. Manakala Kepala Paipnya pula tahan karat dan berkilat. Ini la yang dikatakan moden. KLASIKnya pula, Tiang atau Stand sinki ini diperbuat daripada batang sejenis kayu yg dikenali sebagai "BOGIL" oleh suku kaum Rungus. MAKA dengan itu inilah hasilnya:




No comments:

Post a Comment