Wednesday, April 14, 2010

MAKLUMAN PENTING!

Bermula pada hari ini (14 April 2010), PASOK TUMPUH-TUMPUH (PTT) telah menukar nama Gerai makanan dan minuman kepada INUKIRAN FOOD MASTER atau INUKIRAN FM dalam nama singkatannya. Hal ini kerana kami ingin mencari nama perniagaan yang mempunyai nilai komersial untuk kegunaan pada masa hadapan. Antaranya adalah dari segi pinjaman modal daripada bank atau syarikat kewangan tempatan. Sebab lain kami menukar nama perniagaan kepada INUKIRAN FM adalah kerana nama ini sendiri membawa maksud 2 in 1 yang sangat sinonim dengan perniagaan kami. Kami menyediakan makanan dan minuman yang Lazat-Lazat dan beraneka pilihan serta mempunyai keunikan tersendiri dengan beberapa ciptaan resepi. Sebab itu, bolehlah dikatakan kami adalah FOOD MASTER di Kg. Inukiran. FOOD MASTER ini pula boleh disingkatkan kepada FM yang sering dikenali sebagai saluran informasi muzik dan berita-berita terkini.Kami mempunyai Sound System yang boleh dikatakan mampu mengegarkan Kg. Inukiran. Kami jg selalu mencipta lagu dan mebuat berita berkaitan dengan Kg. Inukiran. Oleh itu, ada sesetengah pihak menggelar kami sebagai INUKIRAN FM. inilah serba sedikit latar belakang perubahan Nama perniagaan kami dan pada hari ini juga lesen perniagaan kami sudahpun diluluskan seperti yang anda boleh lihat dalam gambar di bawah.Apapun, Nama PASOK TUMPUH-TUMPUH tidak akan dilupakan kerana nama inilah permulaan segalanya bagi kami. Kami akan tetap menggunakan nama ini dalam resepi-resepi kami dan mungkin juga untuk taman-taman perniagaan kami. Lihatlah bukti-bukti yang jujur,tulus dan ikhlas dari hati yang paling dingin sekali:

No comments:

Post a Comment