Dengan segala hormatnya adalah dipersembahkan sebuah kisah:
Pembukaan semula warung Inukiran Food Master atau lebih dikenali sebagai Sup Tumpuh-Tumpuh
Setelah habis dua tumpuk habuk batu, 4karung simen, 50 biji blok bata, 4batang pokok kelapa, 2kg paku 2 inci, 2kg paku 4 inci dan sebagainya...akhirnya warung kami berjaya disiapkan. Renovation telah mangambil masa lebih kurang dua bulan memandangkan hari2 yang telah dilalui banyak gangguan. yang amat dimaksudkan dalam cerita ini berkenaan dgn perayaan yg desengajakan ataupun tak sengaja namun ia terjadi.
Tin Harimau adalah antara gangguan paling besar sepanjang tempoh pembikinan warung IFM. mau dua hari juga tu gaman baru pandai bangun tu harimau. jadi kalau sudah kogutan. tiada harapan la buat warung. lagipun kami buat masa hujung minggu saja bah. mahal tu gatah skg.
Sebagai penggulungan cerita pada kali ini, dengan hati yang paling dalam dan paling dingin sekali kami ingin memaklumkan bahawa warung kami akan beroperasi semula pada 2hb Feb 2011 bersamaan hari rabu sehari sebelum cuti umum tahun baru cina. kemungkinan besar bagi pelanggan yang bertuah, anda akan dihiburkan dengan lagu2 dangdut versi aramai ti dengan tarian dangdut mangkuk sup tumpuh di tangan. bayangkan betapa hebatnya kejadian ini! belum pernah terjadi di kedai india mahupun mana2 kedai di alam semesta ini.