Kesukaran yang dialami dari segi pengangkutan menghadkan pergerakan penduduk ke pekan yang berdekatan. Oleh sebab itu, banyak urusan penting yang tidak dapat dilakukan tepat pada masanya.
Terdapat kes di mana bekalan elektrik dihentikan oleh pihak SESB atas sebab tidak membayar bil. Sebenarnya, masalah ini adalah disebabkan oleh kelewatan tuan rumah membayar bil.selain itu, kesibukan kerja sebagai petani secara sederhana di kampung melalaikan tuan rumah sehingga terlupa membayar bil. Hal ini tidak terhad kepada bil elektrik sahaja melainkan ianya turut melibatkan bil air dan bil astro yang tidak segan-segan untuk memutuskan bekalan sekiranya perlu.
PTT peka terhadap masalah yang dihadapi oleh penduduk kampung seperti ini. oleh yang demikian, PTT telah memperkenalkan perkhidmatan ini sebagai inisiatif untuk membantu para penduduk kampung di pedalaman khasnya Kg.Pasok.
Untuk makluman kepada semua penduduk kampung Pasok khasnya dan kepada sesiapa yang berminat, Pasok Tumpuh-Tumpuh menyediakan perkhidmatan membayar bil Astro, Air dan Elektrik secara online.
TAWARAN HEBAT adalah milik anda sempena perayaan Kaamatan ini. kami menawarkan harga promosi dengan kadar caj HANYA RM 1.50 untuk setiap bil berbanding pergi ke pekan Kudat dengan tambang pergi-balik sebanyak RM10 atau ke Kota Marudu, RM8 pergi-balik.
KINI ANDA BOLEH MENJIMATKAN MASA, TENAGA DAN WANG RINGGIT!!!!
Sesiapa yang ingin menggunakan perkhidmatan ini boleh la menghubungi PTT melalui ruangan komen dalam blog ini.