Wednesday, May 27, 2009

BBQ Cara Kampung



Pernahkah anda merasai kelazatan ayam panggang ampai-ampai perisa sogumau dan kolumit?

Di kampung Pasok, anda berpeluang memanggang ayam mengikut citarasa anda sendiri. Dengan bantuan tenaga pengajar yang pakar, anda pasti membawa memori indah ke tempat asal anda.

Chief Mokurung dan Sondong merupakan pakar memanggang atau BBQ dalam bahasa kebiasaan. mereka adalah bekas pelajar akademi memasak antarabangsa yang bertempat di negara China.

Kini, mereka meneruskan karier sebagai tukang masak yang menawarkan khidmat nasihat dari segi panggang memanggang di samping mempunyai bisnes restoran sendiri. pada masa yang terluang, mereka menyediakan kelas tarian yang terdiri daripada bermacam-macam tarian etnik seperti pakiring dan sumazau. kepada mereka yang berminat untuk merebut peluang keemasan melanggani perkhidmatan mereka, bolehlah memesan melalui blog ini.

1 comment: