Monday, March 22, 2010

Mee Sup Ampai-ampai sudah beroperasi

untuk makluman semua, Pasok Tumpuh-Tumpuh telah pun memulakan  bisnes mee sup santai  pada  hari  sabtu  yang  lepas(20mac2010).  Permulaan yang sangat hebat di mana pada hari tersebut, kami telah memasak mee sup panas secara percuma kepada sesiapa yang ingin mencuba. Hal ini berkaitan dengan promosi mee sup kami selama dua hari dengan cara yang berbeza iaitu percuma pada hari pertama dan hanya RM1 pada hari kedua, separuh harga daripada standard RM2.

Sambutan daripada penduduk kampung amat memberansangkan dan tidak disangka-sangka kerana lebih kurang 40 orang telah datang melanggan mee sup kami.  tidak hanya terdiri daripada penduduk kampung pasok, malah terdapat juga pelanggan daripada kampung-kampung lain yang berdekatan. Pelanggan yang datang kebanyakkannya terdiri daripada remaja tetapi tidak ketinggalan juga ibu-ibu dan bapa-bapa yang ingin mencuba resepi baru kami ini.

Perkara menarik yang telah berlaku adalah kami telah menerima permintaan daripada sepasang Kekasih untuk menjamu selera dalam keadaan yang romantik. Oleh yang demikian kami telah berusaha menyediakan meja dan kerusi untuk dua orang di tempat yang berbeza dan jauh sedikit daripada pelanggan yang lain. kami telah menutup lampu dan menyalakan lampu lilin di bawah sinaran bulan dan bintang. mereka sangat teruja dan mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kerana pengalaman ini tidak dapat dilupakan dalam sejarah percintaan mereka.

Wednesday, March 17, 2010

Bisnes Mee Sup Santai

Bermula pada 20 mac 2010, Pasok Tumpuh-Tumpuh akan memperkenalkan bisnes baru yang sebetulnya sudah dikenali umum sebelum ini tetapi tampil dengan kelainan pada kali ini. Dengan berkonsepkan "SANTAI" anda bakal merasai kelazatan mee sup ciptaan sendiri oleh rakan kongsi Pasok Tumpuh-Tumpuh yang sebelum ini hanya terkenal dengan resipi panggang-memanggang. Lokasi yang strategi menjanjikan pengalaman yang indah dalam sejarah hidup anda. bisnes ini beroperasi dari 4 petang-9malam pada setiap hari. untuk permulaan, target customer kami adalah seramai 8 orang sahaja dalam satu masa. Hal ini kerana kami masih mempertimbangkan sambutan daripada pelanggan yang berdekatan. jika sambutan adalah baik, maka kami akan menambah aset yang lebih banyak termasuk menambah bilangan kerusi dan meja agar anda berpeluang menikmati hidangan yang memuaskan dengan suasana yang selesa dan santai.

Sementara anda menjamu selera, kami akan memutarkan lagu-lagu MP3 dan Karaoke yang  terbaru  mahupun  yang  lama. anda juga berpeluang untuk berkaraoke tanpa bayaran apa-apa. Sekiranya perlu, kami akan memainkan  alunan lagu diiringi muzik daripada gitaris yang tidak asing lagi yang merupakan ahli Pasok tumpuh-Tumpuh sendiri. bisnes ini mempunyai kehebatan yang tersendiri. anda boleh memesan masakan kami melalui no telefon yang akan kami beritahu kemudian. anda hanya perlu tunggu di rumah kerana Pasok Tumpuh-Tumpuh ada 2 buah motor EX5 dan tidak lama lagi kami juga ada proton iswara yang boleh digunakan untuk menghantar pesanan anda. kesimpulannya, jangan ketinggalan untuk mencuba resipi baru kami ini. kepuasan adalah milik anda!

Tuesday, March 2, 2010

Ikan pun boleh dipanggang ampai-ampai









nah ini la dia kehebatan kalau di kg pasok ni. bukan setakat ayam yang boleh dipanggang malahan ikan keruk pun boleh kalau tiada mau dipanggang. paling-paling pun potong kayu dan dibakar langsung saja dan terus di bakar ampai-ampai. tapi paling sedap kalau ada lada kokou la. orang bilang pembuka rasa bah! makin lagi kalau sudah proses, lagi sadap tu. kalau kamu mau lada proses yang hebat dan memang sadap, carilah lada "KUAT KICK" dari kg Pasok


nah..kawan-kawan semua..kalau kamu mau tau apa macam rupa lada "KUAT KICK" kamu tengok la gambar di atas ni. memang pedas dan orang bilang memang kuat kick. dia punya pukulan mcm yang rasa pedas sehingga mejilat tangan bah! bahaya ni tapi jangan takut. ada juga penawar ni kalau kamu cirit-birit. makan kolumit cap buang pedas.

Ini pun salah satu kehebatan para pemanggang ayam dan ikan ampai-ampai dari kg Pasok. sambil menjamu selera, anda boleh meminta tukang panggang ini untuk menghibur hati yang luka, hati yang sepi dan mungkin juga untuk menambah lagi kelazatan santapan yang sudah tersedia. salah satu puisi yang popular khas dan original daripada pemanggang Pasok adalah puisi yang bertajuk "KALAU AKU KESEPIAN" atau dikenali juga sebagai "APABILA BBQ".puisi ini bertemakan seorang peribadi yang mengharapkan sesuatu daripada kekasihnya. semoga terhibur!