Sukar dipercayai. Tapi amai Kumpilin sangat terharu dan gembira apabila ada tumpuk-tumpuk atap nipah di bawah kulung premis IFM baru-baru ini. Ada di antara customer hairan apakah yang sedang berlaku. Ada yang menyangka durian runtuh di saat IFM amat memerlukan atap dengan segera. Hal ini kerana beberapa minggu yang lepas, Staff IFM terpaksa menggunakan daun tarap untuk menutup lubang merbahaya, laluan utama hujan titik-titik noda dari langit. Bagaimana pun, Kami tetap bersabar dan mungkin ini adalah antara tuah yang telah dibawa oleh si madu lebah. Harap-harap itu madu lebah tidak menyengat kami. Kalaun inda, biarpun dijangka membawa tuah, peduli la. Kasi makan dia sama asap tebal sabut kelapa bakar. Diharapkan agar bisnes IFM bertambah mantap setelah selesai operasi.


Monday, April 26, 2010
Sunday, April 25, 2010
Fong Shui BAGUS punya..
Pernahkah anda merasakan sengatan berbisa Madu Lebah? Kalau belum pernah, jangan cuba-cuba nanti pengsan tanggung sendiri oh. tapi tidak buli juga cakap sembarang macam itu bah kan? mana tau dia punya sengatan membawa tuah...siapa sangka? dengar-dengar kuman yang menyisip-nyisip dalam sel-sel badan manusia pandai mati kalau terjumpa dengan sengat lebah. uik na geng panjang lebar sdh ni tapi belum masuk tajuk besar lagi. macam keluar tajuk sdh oh tapi tak apa. telanjur perahu buli diundur apa lagi kalau setakat terkeluar tajuk. betul kan?
nah apapun kita kembali kepada tajuk besar di atas. saya pun nda pasti apakah tajuk di atas tu ngam ka tidak. tapi yg sya selalu dengar lebih kurang mcm itu la. perkataan itu sebenarnya berasal dari perkataan cina tapi buli la pinjam-pinjam bah kan? jadi menurut pemahaman saya fong shui bagus ni merujuk kepada petanda yang membawa tuah. kebetulan, pada suatu hari tersebutlah kisah madu lebah pigi masuk sana speaker besar Inukiran FM(IFM). nah timbul la cerita pasal Fong Shui bagus ni. Staff IFM semua setuju itu madu lebah membawa tuah. jadi jangan dikasi lari. Bukan la percaya kepada cerita karut sebab bukan juga tembirang la. kami ni selalu jg sembayang. tapi yang pasti, fong shui bagus yang kami cakap tu bermaksud begini:
-kalau la itu tong speaker penuh dengan madu lebah, boleh jual. duit mari lagi.
-kalau la ada orang yang buat hal di warung IFM, Boleh diikat dekat speaker bagi dia rawatan percuma supaya kuman yang menyisip itu mati ampai-ampai. hahahaha...
jadi..bagus kamu tengok ni gambar:
Wednesday, April 14, 2010
MAKLUMAN PENTING!
Bermula pada hari ini (14 April 2010), PASOK TUMPUH-TUMPUH (PTT) telah menukar nama Gerai makanan dan minuman kepada INUKIRAN FOOD MASTER atau INUKIRAN FM dalam nama singkatannya. Hal ini kerana kami ingin mencari nama perniagaan yang mempunyai nilai komersial untuk kegunaan pada masa hadapan. Antaranya adalah dari segi pinjaman modal daripada bank atau syarikat kewangan tempatan. Sebab lain kami menukar nama perniagaan kepada INUKIRAN FM adalah kerana nama ini sendiri membawa maksud 2 in 1 yang sangat sinonim dengan perniagaan kami. Kami menyediakan makanan dan minuman yang Lazat-Lazat dan beraneka pilihan serta mempunyai keunikan tersendiri dengan beberapa ciptaan resepi. Sebab itu, bolehlah dikatakan kami adalah FOOD MASTER di Kg. Inukiran. FOOD MASTER ini pula boleh disingkatkan kepada FM yang sering dikenali sebagai saluran informasi muzik dan berita-berita terkini.Kami mempunyai Sound System yang boleh dikatakan mampu mengegarkan Kg. Inukiran. Kami jg selalu mencipta lagu dan mebuat berita berkaitan dengan Kg. Inukiran. Oleh itu, ada sesetengah pihak menggelar kami sebagai INUKIRAN FM. inilah serba sedikit latar belakang perubahan Nama perniagaan kami dan pada hari ini juga lesen perniagaan kami sudahpun diluluskan seperti yang anda boleh lihat dalam gambar di bawah.Apapun, Nama PASOK TUMPUH-TUMPUH tidak akan dilupakan kerana nama inilah permulaan segalanya bagi kami. Kami akan tetap menggunakan nama ini dalam resepi-resepi kami dan mungkin juga untuk taman-taman perniagaan kami. Lihatlah bukti-bukti yang jujur,tulus dan ikhlas dari hati yang paling dingin sekali:
Tuesday, April 13, 2010
Resipi Baru PTT(Mee Goreng Terbang)
Ya hampir terlupa...sebenarnya kami ada resepi baru iaitu mee goreng terbang. ini betul-betul KAW-KAW punya o. tukang masak kami bilang paling SADAP kalau terbang tu mee.kena gaul habis-habisan bah. lagipun kepanasan kuali tu dapat diadjust. kalau kamurang nampak kan..lebih kurang 3kaki o itu mee melumpat. kedai mamak pun belum ada ni stlye o.Nah harganya pula nda juga mahal la. ada RM1, RM2 dan RM3. Ikut berapa banyak tu mee. dan sudah tentu sup kosong pun ada juga la. ini la mee goreng yang saya cakap tu:
Bah yg di atas tu, dialah Tukang Masak kami. Masih single ni tapi macam inda available sdh la.hahaha...nda pasal-pasal kena marah oleh aweks dia o.
Fasiliti Baru PTT
Jangan hairan jangan terkejut kalau anda terjumpa sinki standard hotel 5bintang di warung kami, PTT. Walaupun beroperasi di kawasan kebun kelapa, kami akan pastikan bisnes kami dapat memenuhi keperluan para pelanggan terutamanya dari segi kebersihan. pada hari sabtu yang lepas bersamaan dengan 10 april 2010, kami telah membuat sinki di bawah premis kami di mana tempat ini berdekatan dengan meja makan para pelanggan. KINI...para pelanggan bolehlah mencuci tangan sebelum dan selepas makan. pewujudan fasiliti baru ini adalah kerana komitmen kami untuk memastikan kebersihan terjamin di kalangan pelanggan dan kami sendiri. Sinki ini sebenarnya berasal daripada kondominium 1Borneo, Kota Kinabalu. Tapi bukan dicuri la. ini adalah barang-barang yang tidak terpakai oleh tuan rumah premis kami yang tinggal di kondominium 1Borneo. KEISTIMEWAAN sinki ini adalah rekaan yang dibuat berkonsepkan gabungan MODEN dan KLASIK. Sinki ini diperbuat daripada Seramik yg tinggi kualitinya. Manakala Kepala Paipnya pula tahan karat dan berkilat. Ini la yang dikatakan moden. KLASIKnya pula, Tiang atau Stand sinki ini diperbuat daripada batang sejenis kayu yg dikenali sebagai "BOGIL" oleh suku kaum Rungus. MAKA dengan itu inilah hasilnya:
Monday, April 5, 2010
PTT OFF Day Jumaat dan Ahad untuk menghormati hari Paskah
ramai di antara customer PTT tertanya-tanya apakah sebabnya kami tidak beroperasi pada hari jumaat dan ahad yang lepas. Jawapannya adalah kerana kami sendiri terlibat sempena hari paskah bersama-sama dengan customer kami untuk memperingati hari yang sangat bermakna ini. lebih-lebih lagi pada hari ahad yang lepas, kami telah menghadiri satu upacara memperingati mendiang bapa kepada sahabat kami sendiri. sedikit menyedihkan kerana salah satu ahli PTT yang berperanan sebagai pemaju mukim merangkap 'Cashier' telah jatuh sakit pada hari tersebut dan tidak dapat menumpuh bersama. hal ini telah mengecewakan sahabat2 menumpuh tetapi telah dimaafkan setelah dijelaskan. keesokan harinya, si kawan yang sakit ini tidak dapat turun kerja di pekan kudat kerana masih tidak sihat.Apapun kami tetap beroperasi pada hari isnin yang lepas. Dan inilah hasil Sup Pasok Tumpuh-tumpuh kami pada hari tersebut:
Subscribe to:
Comments (Atom)
